| |
|
BULAN ISLAM |
Muharram
Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah).
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al
Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat
harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah
s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t
lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah
s.w.t tidak merujukkan kepada-Nya melainkan oleh golongan khowas (terkhas)
di kalangan makhluk – makhluk-Nya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t
telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan
Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim
Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan
Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya
kehormatannya.
Peristiwa penting::
-Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap
tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
-10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi
perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan
kebenaran.
-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langi
Safar:
Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam
yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi).
Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini
orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong
kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas
musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku
dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada
tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan
Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil
kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang
bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan
turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini
merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka khususnya pada
hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan
melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang
dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah
upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu
dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang
tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan
upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan
boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi
Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan
Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini,
khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis
perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan
mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat
zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan
syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada
bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang
dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu
Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51
Rabiul Awal:
Bulan Rabiulawal merupakan bulan ketiga dalam kalendar Hijrah.
Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada
seluruh umat manusia. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu
Alaihi Wasallam) telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12
Rabiul Awal. Berbagai acara sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi
memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini
Jamadil akhir:
Peperangan Zi Qarad adalah peristiwa penting yang berlaku pada
Jamadilakhir, bulan ke-6 dalam kalendar Islam sekarang.
Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam
Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan
Islam.
Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam
yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu.
Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah.
Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang
mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.
Peristiwa penting
Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10
Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi
Talib.
Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir
dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi
kumpulan yang diketuai oleh Aisyah binti Abi Bakar, ppTalhah bin
Ubaidillah[[ dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya
khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan
Uthman bin Affan.
Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada
Jamadilawal.
Ramadan:
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam Islam. Pada bulan ini umat Islam
ini diwajibkan berpuasa. Seperti bulan Islam lain, bulan ini
mempunyai 29 atau 30 hari.
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung
diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan
keluarga sera sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa umat Islam
akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah,
dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin
papa.
|
|
 |
|
|
 |
|
Copyright © 2003-2008
Majalah Syu'latul Kifah -
Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. |
Edisi 5
Tahun 2007 |
|
 |
|
|