| |
|
MIMPI NABI |
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan..."
1. Aku telah melihat seorang dari umat ku telah di datang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk
mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umat ku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umat ku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umat ku diseret dengan rantai yang
diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya
dari seksaan itu.
5. Aku melihat umat ku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali
dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu
datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum
hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umat ku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulan ku seraya duduk disebelah ku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap
gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan
bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang - benderang.
8. Aku melihat umat ku cu ba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.
9. Aku melihat umat ku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG
LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
|
|
 |
|
|
 |
|
Copyright © 2003-2008
Majalah Syu'latul Kifah -
Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. |
Edisi 5
Tahun 2007 |
|
 |
|
|