MUHASABAH DIRI
Anda dah bersedia menghadapi mati?
Sejauh mana pengetahuan anda tentang:
-kematian?
-hari akhirat?
-alam barzakh?
-syurga?
-neraka?
Cukupkah solat anda setiap hari?
Senaraikan solat sunat yang anda lakukan setiap hari.
Anda seorang yang berbakti kepada ibubapa? Senaraikan buktinya
Berapa kali sehari anda selawat ke atas nabi?
Berapa kali sehari anda berzikir dengan nama Allah?
Berapa kali sehari anda beristighfar?
Berapa banyak dosa yang anda lakukan dalam masa 24 jam?
Apakah amalan anda setiap kali anda masuk tidur?
Andai kata anda meninggal dunia dalam tidur, apa yang anda ingin semua orang tahu sebelum anda pergi?
Siapa orang yang paling anda sayang dalam dunia ini selain famili anda?
Anda kasihkan haiwan?
Anda sering sakiti hati kawan? Ubahlah wahai anda.
Akhir sekali tahukah anda bahawa anda dirahmati Allah atau dibenci Allah?
Bertaubatlah wahai anda, ketahuilah ajal datang tanpa dijemput, tanpa diketahui. Berapa amalan yang anda bekalkan untuk ke sana sekarang amat tidak mencukupi.
Ingatlah, Allah kasihkan hamba-Nya yang mengikuti perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Hasil Nukilan:
Pendakwah Bebas‘91
Nafisah_1991@yahoo.com
 

 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007