SEBAKUL NASI LEMAK
Dalam mesyuarat guru-guru tahun ini, salah satu perkara yang kami guru-guru bangkitkan kepada pengetua adalah perilaku pelajar yang tidak konsisten belajar, suka pada saat-saat akhir. Akibatnya pelajar yang agak pandai pun tidak perform sewajarnya.”Baiklah dalam perhimpunan minggu depan,saya akan mencabar mereka, mudah-mudahan mereka berubah.”

Pagi perhimpunan Isnin itu, apabila sampai aturcara ucapan pengetua, datang seorang pustakawan membawa satu bakul nasi lemak bungkus dan meletakannya dihadapan pengetua ”Hari ini saya tidak mahu bercakap banyak.”

“Saya hanya menawarkan hadiah RM 1.000.00 bagi mana-mana pelajar yang sanggup menghabiskan 60 bungkus nasi lemak dalam satu hari”

Semua pelajar berpandang-pandangan sesama sendiri dan terdengar juga sungutan ”Mana daya”.

“Ya,begitulah ibaratnya jika kamu terpaksa menelaah pada saat-saat akhir. Tidak habis menelaah sukatan dua tahun dalam masa dua bulan!!”.

Tetapi……… berusahalah dari awal agar kejayaan menjadi milik kamu dan sekolah.

Ikhlas:
BUJANG SENANG
 

 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007