| |
|
SELOKA 4
BUKHARI |
Sebelum dilepas layar bahtera,
Sebelum diteruskan kata bermadah,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Melambangkan muslim soleh dan solehah
Salam semua kami ucapkan,
Kepada semua, baca ni tak rugi,
Dilarang membaca sambil makan,
Kalau tercekik tanggung sendiri
15 puteri 17 putera,
1001 ragam dan juga gaya,
Buat bising memanglah juara,
Semua cikgu pening kapala
Segak bergaya hensem orangnya,
Madah Balaghah simple padanya,
Ustaz Zulkifli guru berwibawa,
Menjadi kesayangan kami semua
Pasangan ideal di dalam bahtera,
Bagai merpati dua sejoli,
Zulfaizal dan Biha nampak bahagia,
Itulah mereka tukang control kami
Ceti haram di kelas kami,
Menagih ke sana menagih ke sini,
Mengutip cukai pada yang lari,
Itulah Saiyidah bendahari kami
Loyar buruk itulah sikapnya,
Buat cikgu pening kepala,
Ahmad Syahir itulah namanya,
Azmi di sebelah tak terkata apa
Dua sahabat sehati sejiwa,
Ke mana sahaja pasti bersama,
Farah dan Mimah diberi nama,
Motif belajar untuk berjaya
Time belajar ngantuknya mereka,
Tersengguk-sengguk di depan meja,
Bila disoal gelabah jadinya,
Azizah dan Diyanah begitu ceritanya
Zaharah pula tegas orangnya,
Kalau ditanya cool sahaja,
Niah pula garang kononnya,
Bila ketawa sekali dengan gaya
Walaupun tidur sepanjang hari,
Bila ditanya jawapan dah ada,
Hal global pro sekali,
Itulah Asrar empunya cerita
Khairul Syafiq pendiam orangnya,
Memang susah nak dengar suara,
Bila dipanggil senyum sahaja,
Tapi study tak ingat dunia,
Syikin dan Alwani empunya cerita,
Ke mana sahaja mesti bersama,
Prinsip Akaun dan Matematik kegemaran mereka,
Mencari jawapan tak ingat dunia
Raja karaoke hanya untuknya,
Seiring radio merdu sekali,
Subki mengalun suara yang seksa,
Orang menyampah dia tak peduli
Subjek add math kacang baginya,
Itulah faris empunya cerita,
Faisal di sebelah tenang sahaja,
Menanti jawapan tanpa bertanya
Fariqh mukanya nampak slumber,
Kononnya segak lagi bergaya,
Mirul di sebelah tidur kerjanya,
Macam nak runtuh dunia dibuatnya
Akmal Hamdan diberi nama,
Nak kata hensem tidaklah juga,
Time belajar tidur sahaja,
Sehari tak lentok tak sah agaknya
Fadhilah Hanis kecil orangnya,
Bila bercakap entah apa-apa,
Maziah di sebelah diam sahaja,
Kalau ditanya baru bersuara
Hanisah Fuad empunya cerita,
Cermin kecil tak pernah tak ada,
Miza dan Faizah teman bicara,
Bila ketawa gamat bahtera
Hanisah Fuad empunya cerita,
Cermin kecil tak pernah tak ada,
Miza dan Faizah teman bicara,
Bila ketawa gamat bahtera
Mohd Sallehin diberi nama,
Di tepi tingkap duduk bersahaja,
Bila bersuara orang terketawa,
Tulisan khat dialah raja
Pengawas bajet itulah dia,
Bila berceramah suka sekali,
Debat arab dialah juga,
Akil Musyadad empunya cerita
Nak kata hensem bolehlah tahan,
Itulah Ady empunya gerangan,
Time belajar banyak soalan,
Dahlah tu Ady, tak usah perasan
Orangnya pandai tak banyak cerita,
Ada tak ada sama sahaja,
Pengawas sekolah dialah juga,
Fathi Adil dialah orangnya
Berbaju ungu ceria orangnya
Zulfaiq Nazaruddin diberi nama,
Ikmal pula rakan semeja,
Nampak kecil tapi gila-gila
Sakit otak buat seloka,
Diharap tidak tercekik makanan,
Aku hanya bergurau sahaja,
Salah dan silap harap dimaafkan
Bahtera impian teruskan pelayaran,
Harungi 2008 penuh cabaran,
Straight A menjadi harapan,
Semoga ia menjadi kenyataan
Hasil Nukilan:
-Autumn-
|
|
 |
|
|
 |
|
Copyright © 2003-2008
Majalah Syu'latul Kifah -
Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. |
Edisi 5
Tahun 2007 |
|
 |
|
|