SYOKNYA BERCERITA
Seorang pengarang sudah menulis enam buah novel, tiga yang terakhir termasuk yang paling laris. Kerana itu sering muncul di TV dan radio, dan sering diundang ke pelbagai pesta dan sering disanjung. semua peristiwa itu akhirnya menyebabkan dia suka menceritakan tentang dirinya dan bukunya tanpa memberi peluang kepada orang lain bercakap sama.

Pada suatu hari, dengan lembut isterinya menegur sikap baru suaminya, lalu isterinya memberikan cadangan yang mana apabila suaminya terlalu asyik bercakap dia akan membunyikan batuk supaya suaminya berhenti dan memberi peluang kepada orang lain pula.

Suatu hari, ada seorang tetamu datang ke rumah pengarang. Mereka berbual dan bercerita. Pengarang itu terlalu asyik menceritakan tentang dirinya selama berjam-jam. Melihat suaminya bercakap terlalu banyak berkaitan dengan dirinya sendiri, maka isterinya batuk memberikan isyarat.....Tiba-tiba pengarang itu berhenti bercakap mengenai dirinya dan berkata, “Cukuplah saya bercakap tentang diri saya. Mari kita berbual tentang diri saudara sejenak. Apakah pendapat saudara mengenai kejayaan saya?”

Nukilan:
SHIN CHAN
 

 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007