| |
|
TANGGUNGJAWAB
ISTERI |
Suatu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a:
Seorang lelaki telah datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak
gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Baginda kepada gadis itu;
“Patuhilah kehendak bapa mu.” Jawab gadis; “Saya akan berkahwin
sekiranya tuan menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai seorang
isteri.” Baginda bersabda; “Jika suami mu berkudis, rawatlah dengan
mulut mu. Sesungguhnya perbuatan itu tidaklah dianggap keterlaluan.”
Jawab gadis; “Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, saya tidak akan
kahwin selama-lamanya.” Sabda Nabi kepada bapanya; “Jangan kau paksa
dia untuk berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.”
PESANAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA DIHARI PERKAHWINANNYA:
Anak ku….
Engkau akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,
Dan engkau akan berada ditempat tidur yang kau tidak kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,
Itulah suami mu….
- Jadilah engkau sebagai tanah baginya dan ia akan menjadi
langit bagi mu,
- Jadilah engkau sebagai lantainya dan dia akan dapat kau
jadikan sebagai tiang mu,
- Jadikanlah engkau khadam kepadanya nescaya dia juga akan
begitu,
- Janganlah engkau meminta sesuatu daripadanya dengan paksaan
, dengan cara itu dia akan membenci mu,
- Janganlah engkau menjauhkan diri daripadanya, nescaya dia
akan melupakan mu,
- Jika dia menjauhkan diri kerana marah, eloklah engkau
jauhkan diri mu daripadanya semasa marah,
- Peliharalah hidung, telinga, dan matanya,
- Jangan biarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan
yang harum,
- Jangan biarkan dia mendengar daripada mu melainkan yang baik,
- Dan jangan biarkan dia melihat daripada mu melainkan sesuatu
yang cantik…
|
|
 |
|
|
 |
|
Copyright © 2003-2008
Majalah Syu'latul Kifah -
Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. |
Edisi 5
Tahun 2007 |
|
 |
|
|